My Add

Friday 3 August 2012

Warga emas dipenjara 7 hari melakukan seks luar tabii

PETALING JAYA, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Seorang bekas tentera dihukum penjara tujuh hari selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap seorang suri rumah yang juga jirannya, tahun lalu. 

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman terbabit terhadap Ibrahim Mohd, 63, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Hakim juga memerintahkan Ibrahim membayar kos perundangan sebanyak RM2,000 terhadap pihak pendakwaan, dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini. 

Ibrahim didakwa meliwat wanita berusia 49 itu di sebuah rumah di Taman Desa Ria, di sini, pada jam 1.30 petang, 27 September 2011. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, peguam Esther Tan yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan berikutan usia anak guamnya serta penyakit jantung yang sedang dihadapinya. 

Lima saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment