My Add

Thursday 2 August 2012

Syarat permohonan mudah punca sindiket bazar Ramadan

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 2012: Syarat permohonan untuk memiliki petak bazar Ramadan di Jalan Masjid India yang mudah disifatkan menjadi punca sindiket penawaran harga petak berkenaan diseleweng sehingga mencecah jutaan ringgit.

Bersyaratkan pemohon adalah warganegara menetap di ibu kota, rata-rata peniaga yang ditemui Utusan Malaysia menegaskan ia punca yang mendorong ramai pemohon tidak bertanggungjawab mencuba nasib dan menjualnya setelah mendapat pengundian tapak.

Seorang peniaga makanan, Maimun Mahmud, 29, berkata, permohonan secara terbuka itu menyebabkan mereka yang tidak mempunyai lesen perniagaan mencuba nasib mengisi borang untuk proses pengundian bagi mendapatkan petak bazar.

"Apabila tibanya waktu pengundian petak berkenaan, mereka yang tidak mempunyai lesen mendapat undian tersebut bertindak menjual kepada peniaga berlesen yang gagal pada harga tidak masuk akal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment