My Add

Thursday 2 August 2012

DBKL terbuka kepada siasatan SPRM - Datuk Bandar

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 2012: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan turut melakukan siasatan dalaman selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan terdapat pembabitan kakitangannya dengan sindiket yang menawarkan petak niaga di bazar Ramadan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai DBKL, sekiranya didapati terlibat dengan sindiket tersebut.

"Kami terbuka kepada SPRM untuk siasat. Sekiranya berlaku kesilapan daripada DBKL atau pelanggaran (undang-undang) daripada pegawai, saya terbuka dan tiada masalah.

"Buat masa ini tiada pegawai SPRM datang dan pihak kami juga dalam masa yang sama akan melakukan siasatan dalaman," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat awam mengenai penambahbaikan dan pengindahan Medan Pasar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment