My Add

Wednesday 22 August 2012

Tamrin penuh kontroversi dan oportunis

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar lebih merupakan liabiliti kepada UMNO dan juga bukannya satu aset berguna kepada perjuangan Melayu di negara ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, tidak seperti bapa beliau, Tun Ghafar Baba yang banyak berjasa kepada UMNO dan Melayu, Tamrin dilihat sebagai individu penuh kontroversi dan oportunis.

“Ramai masih ingat ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam, beliau tidak mempedulikan hal-hal kebajikan pengundi dan soal pembangunan di kawasan Parlimen itu. Ini menyebabkan UMNO Bahagian Batu Berendam meluluskan usul undi tidak percaya kepada Tamrin.

“Usul undi tidak percaya UMNO Bahagian kepada Ahli Parlimennya sendiri bukanlah satu rekod politik yang baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Tamrin keluar UMNO untuk menyertai Pas baru-baru ini.

Rahim berkata, Tamrin terus hidup dalam politik ketika itu kerana bapanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment