My Add

Wednesday 22 August 2012

Musa gelar Guan Eng 'Robin Lim'

*MUSA Sheikh Fadzir (tengah) beramah mesra dengan tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau di kediamannya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kelmarin.

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos, SELASA, 21 Ogos, 2012: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggelarkan Lim Guan Eng sebagai 'Robin Lim' berikutan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang didakwa mengambil tanah orang miskin untuk diberikan kepada orang kaya.

Sikap ditunjukkan Guan Eng itu kata Musa jelas berbeza dengan Robin Hood kerana Robin Hood merompak harta orang kaya untuk diberikan kepada golongan miskin.

"Kita biasa dengar tentang Robin Hood yang merompak orang kaya dan beri kepada orang miskin.

"Tetapi pada zaman moden ini, ada Robin Lim yang mengambil tanah orang miskin (rakyat) lalu diberikan kepada orang kaya (pemaju swasta)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment