My Add

Saturday 18 August 2012

Tiada tambahan anggota di sempadan ketika Aidilfitri

KOTA TINGGI, SABTU, 18 Ogos, 2012: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menambah bilangan anggotanya bertugas di sempadan negara semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Bercakap kepada pemberita di Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang di sini
semalam, beliau berkata, keadaan keselamatan di kawasan sempadan pada masa ini adalah selamat.

Beliau, bagaimanapun berkata, anggota tentera yang bertugas di kawasan
berkenaan diarah meningkatkan tahap kewaspadaan dan kesiapsiagaan pada setiap masa supaya keselamatan negara tidak terancam.

"Ini kerana penjenayah rentas sempadan besar kemungkinan mengambil peluang
meningkatkan aktiviti mereka kerana menjangkakan tahap kewaspadaan dan
kesiapsiagaan adalah rendah ketika sambutan hari lebaran ini," katanya ketika melawat pos tentera itu.

Pada lawatan tersebut, Zulkifeli turut meluangkan masa berbuka puasa bersama
anggota Regimen 2 Kor Amor Diraja yang diketuai Pegawai Pemerintahnya, Lt Kol  Mohammad Razeif Che Ahmad.

Zulkifeli turut mengagihkan sumbangan raya daripada Badan Amal dan Kebajikan
Tenaga Isteri Menteri (BAKTI) kepada anggota yang bertugas di pos tentera
berkenaan.

Turut hadir ketika lawatan itu ialah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral
Datuk Razali Ahmad dan Panglima 7 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Mohd Dalib Basir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment