My Add

Friday 3 August 2012

TNB tingkat peruntukan RM7.5b

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan meningkatkan perbelanjaan modalnya kepada RM7.5 bilion untuk tempoh 12 bulan berakhir Ogos 2013 berbanding RM5 bilion yang diperuntukkan setiap tahun sebelum ini.

Peningkatan perbelanjaan modal itu bagi pembinaan loji tenaga baru untuk memenuhi peningkatan permintaan tenaga elektrik.

Ketua Pegawai Kewangan TNB, Fazlur Rahman berkata, ekoran jangkaan peningkatan permintaan itu, syarikat utiliti itu sedang membina loji tenaga arang batu dan dua stesen hidroelektrik bagi menambah kepada sembilan sedia ada dengan kapasiti hampir 12 gigawatts.

''Kami menjangkakan loji arang batu akan mula beroperasi menjelang Mac 2015, manakala dua stesen hidroelektrik dijangka siap menjelang Mac 2016.

''Kos projek tersebut diperuntukkan untuk tempoh empat tahun dari tahun fiskal semasa berakhir 31 Ogos dan permintaan terhadap pembiayaan akan meningkat pada tahun fiskal 2013 dan 2014,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment