My Add

Friday 3 August 2012

Mohon batal pernyataan pembelaan Aziz, Nallakaruppan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan.

Ia berhubung kes saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan oleh Anwar terhadap mereka atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Peguam Murni Hidayah Anuar yang mewakili Anwar berkata, beberapa perenggan itu dipertikaikan oleh pihaknya setelah berpendapat ia tidak sepatutnya dimasukkan dalam pembelaan.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas menghadiri pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera.

Menurutnya, mahkamah menetapkan 6 September ini bagi menentukan sama ada, untuk mendengar permohonan Anwar membatalkan beberapa perenggan tertentu dalam pernyataan pembelaan Abdul Aziz dan Nallakaruppan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment