KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Penubuhan Kelab Penyokong UMNO di institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan langkah kurang tepat kerana ia akan membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.
Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Adnan Husseinberkata, ia bukan sahaja akan menjejaskan suasana seimbang di kampus malah, pada masa sama bertentangan dengan perkara asas dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).
"Berdasarkan pindaan AUKU, politik kepartian tidak boleh dibawa ke dalam kampus.
"Sekiranya kelab itu ditubuhkan, saya yakin lebih banyak perkara negatif akan timbul kerana ia seolah-olah memberi peluang kepada parti-parti politik lain untuk turut sama menjadikan kampus sebagai medan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment