KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Pembangkang akan terus menabur janji menggunung demi meraih sokongan rakyat meskipun 85 peratus janji-janji terdahulu masih belum ditunaikan.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, perkara itu bukan sesuatu yang pelik kerana sudah menjadi budaya pembangkang berbohong dan menabur janji kepada rakyat tanpa rasa bersalah.
"Saya yakin janji yang tidak tertunai sebelum ini akan dilaungkan semula pada pilihan raya umum akan datang, selain menabur janji baru yang tidak munasabah. Pakatan pembangkang tidak peduli untuk menunaikan janji dan tidak takut berbohong kepada rakyat.
"Mereka tidak rasa bersalah berbohong kepada rakyat, menabur janji secara lisan atau bertulis dan mengingkari janji-janji itu kerana budaya berbohong sudah menjadi amalan mereka sejak sekian lama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment