My Add

Monday 27 August 2012

Tumpu usaha atasi masalah kesesakan trafik

PUTRAJAYA, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang berusaha mengatasi masalah lalu lintas di 10 lokasi utama di sekitar sini yang telah dikenal pasti sering mengalami kesesakan terutama pada waktu puncak.

Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, kesesakan itu berpunca daripada peningkatan bilangan kenderaan yang memasuki kawasan pusat pentadbiran negara pada waktu puncak, yang mencecah 28,881 kenderaan dalam tempoh masa sekitar sejam.

Beliau berkata, lebih 80,000 penjawat awam bertugas di Putrajaya tinggal di luar kawasan pusat pentadbiran negara itu dengan kebanyakannya menggunakan kenderaan sendiri, manakala penduduk Putrajaya sendiri yang berjumlah kira-kira 78,000 orang, turut menggunakan kenderaan sendiri sebagai pengangkutan utama.

"Penduduk di Putrajaya dianggarkan 78,000 orang, lebih 80,000 orang lagi pula datang bekerja di Putrajaya setiap hari. Di waktu kerja ini, dianggarkan kira-kira 158,000 orang berada di Putrajaya. Saya tengok kebanyakannya tiap satu kereta cuma satu orang," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa lokasi utama yang mengalami kesesakan lalu lintas di sini hari ini.

Katanya pelbagai tindakan jangka pendek dan jangka panjang akan dilakukan bagi menangani masalah tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment