My Add

Wednesday 22 August 2012

Wartawan perang vetran Jepun terbunuh di Syria

TOKYO, RABU, 22 OGOS, 2012: Seorang wartawan perang veteran dari Jepun terbunuh selepas ditembak di tengkuk oleh tentera pro-kerajaan ketika membuat liputan di Aleppo, Syria.

Rakan mangsa, Kazutaka Sato yang juga membuat liputan bersama-sama Mika Yamamoto, 45, berkata, ketika kejadian mereka membuat liputan pergerakan tentera pemberontak di Aleppo.

Kematian wartawan dari Jepun itu menjadikan setakat ini sebanyak empat orang wartawan asing terbunuh ketika membuat liputan pemberontakan menentang rejim Presiden Bashar al-Assad pada Mac tahun lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment