My Add

Wednesday 22 August 2012

Polis buru lelaki cuba bunuh teman wanita

GEORGE TOWN, RABU, 22 Ogos, 2012: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki disyaki terbabit dalam cubaan membunuh teman wanitanya dengan menolaknya dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Batu Uban di sini pada 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek terbabit, M Kumarasingam, 27, beralamat No 73, Jalan Seri Indah 2, Taman Seri Indah, Bagan Serai itu pada mulanya telah ditahan orang ramai dan diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapat rawatan.

Katanya, semasa mendapatkan rawatan, doktor meminta supaya gari suspek dibuka untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan, namun dia menggunakan peluang itu melarikan diri.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh serta Seksyen 224, Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dalam tahanan pihak polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dalam menjalankan tugas, turut dijalankan terhadap seorang anggota polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment