KUALA LUMPUR: Pemilihan calon MCA untuk pilihan raya umum akan datang dibuat berdasarkan prestasi dan kemampuan untuk menang, bukan berdasarkan jantina, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Kong Cho Ha.
"Ia berdasarkan peluang untuk menang dan oleh itu calon terbaik ditentukan oleh faktor kemampuan untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Wanita MCA di Wisma MCA di sini.
Beliau berkata, demikian bagi menjawab soalan sama ada parti itu akan meletakkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya umum akan datang berbanding sebelum ini.
Katanya, Wanita MCA akan memainkan peranan penting dalam usaha meraih lebih undi pada pilihan raya akan datang.
Cho Ha berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, kini MCA berada dalam keadaan cukup bersedia untuk menghadapi pilihaan raya umum ke-13 apabila anggotanya lebih fokus dan bersatu. — Bernama
No comments:
Post a Comment