My Add

Monday 3 October 2011

Guan Eng terus nafi kenyataannya burukan Johor

Oleh ZABRY MOHAMAD

KEPALA BATAS: Meskipun sudah meminta maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta seluruh rakyat Johor, Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih enggan mengakui pernah memburuk-burukkan negeri itu dalam satu majlis di Singapura, baru-baru ini.

Menurut Guan Eng, beliau masih mencari-cari rakaman pada majlis tersebut bagi membuktikan dia tidak bercakap sedemikian.

“Ia adalah jamuan makan malam tertutup, mana saya boleh letak pita rakaman depan orang ramai. Nanti mereka kata saya gila.

“Tetapi apabila media kata saya ada bercakap sedemikian, saya cuba mencari rakaman itu.

“Namun, belum sempat saya cari, saya terbaca dalam akhbar bahawa Sultan Johor tersinggung maka serta-merta dengan sendiri dan pantas saya memohon maaf kepada tuanku,” katanya ketika berucap pada program Rapat Umum Perdana sempena sambutan ulang tahun ke-60 Pas di sini malam semalam.

Transkrip kenyataan Setiausaha Agung DAP itu yang dikatakan memburuk-burukkan Johor telah disiarkan oleh media termasuk televisyen dan beberapa blog.

Guan Eng memberitahu, beliau memohon maaf kepada Sultan Johor atas dasar penubuhan perjuangan DAP adalah untuk membela Perlembagaan dan bukannya menentang institusi raja.

“Apabila raja tersinggung, kita mohon maaf.

“Namun, saya tetap akan saman media kerana menipu dan memutar-belit kenyataan saya,” ujarnya - Utusan

No comments:

Post a Comment