My Add

Sunday 2 October 2011

Najib: Sokonglah calon Barisan Nasional tanpa mengira parti

Datuk Seri Najib Razak berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-58, di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta semua komponen Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon pada pilihan raya umum akan datang walaupun calon yang diletakkan bukan dari parti mereka.

"Apakah semua ahli komponen parti menyokong setiap calon BN? Pada setiap kali adanya pilihan raya, setiap ahli BN akan memberikan sokongan kepada calon BN.

"Bila kita sebut undilah Barisan Nasional itu bererti bahawa asasnya setiap ahli mana-mana parti komponen BN wajib menyokong calon BN," katanya Perdana Menteri yang juga Presiden BN ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-58 di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perdana Menteri berkata, justeru persidangan MCA perlu membuat ketetapan bahawa sesiapa saja calon BN yang diletakkan akan disokong sepenuhnya oleh semua parti komponen bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum nanti.

"Ada masanya dalam kawasan kita calon itu mungkin bukan calon MCA, tapi calon BN, jangan pula kita kata dia bukan calon kita...dia parti lain tapi ia parti dalam BN...kita tak boleh ada semangat seperti ini, kita nak menang dan mempertahankan Putrajaya," katanya.

Katanya, perkara itu juga akan ditegaskannya pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung November ini.



No comments:

Post a Comment