My Add

Tuesday 4 October 2011

PDRM belanja RM2 juta tangani himpunan haram Bersih 2.0


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa membelanjakan kira-kira RM2 juta serta menugaskan 11,046 pegawai dan anggota polis bagi menjaga keselamatan di Lembah Klang sebelum dan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah itu termasuk 2,600 anggota yang dikerah dalam keadaan bersiap sedia di kontinjen-kontinjen di seluruh negara yang boleh dipanggil jika keadaan memerlukan.

"Polis terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Teresa ingin tahu bilangan anggota polis yang dikerah untuk bertugas di Lembah Klang pada 6 hingga 9 Julai lepas serta perbelanjaan operasi menghentikan perhimpunan itu. - Bernama


No comments:

Post a Comment