Perkara itu adalah antara enam resolusi yang diluluskan oleh pergerakan itu pada hari terakhir Mesyuarat Agung Wanita MCA kali ke-36 di Wisma MCA di sini hari ini.
Pergerakan itu juga menolak pelaksanaan hukum Hudud, dengan menggesa kerajaan mendukung hak asasi rakyatnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Satu lagi resolusi meminta kerajaan mengumpul pandangan rakyat secara meluas sebelum melaksanakan dasar-dasar baru bagi memastikan ianya akan membawa manfaat kepada negara.
Perwakilan juga menyokong pemberian status penduduk tetap dan kewarganegaraan kepada pasangan bukan warga negara dan anak-anak mereka tanpa mengira gender dan kerakyataan.
Selain itu, resolusi yang diterima pakai oleh pergerakan itu termasuk keperluan untuk kerajaan menyemak semula secara menyeluruh insiatif menggalakkan kepulangan tenaga pakar Malaysia dari luar negara supaya memperoleh hasil yang optimum.
Sayap MCA itu juga mahu kerajaan memastikan kaedah pemilihan dan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaksanakan secara adil dan telus. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment