Oleh NORLIZAH ABAS
Abu Hasan |
RABU, 02 Nov3mber, 2011: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN Kedah berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah terdahulu, Ogos lalu.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud yang bersidang bersama Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Anantham Kasinather, lapor Utusan Malaysia.
Abdul Isa memohon agar mahkamah menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos lalu yang mengembalikan kepada Abu Hasan kerusi DUN Kota Siputeh yang dikosongkan sejak dua tahun lalu.
Pada 16 November 2009, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) mengosongkan kerusi berkenaan ekoran kegagalan Abu Hassan menghadiri dua persidangan Dewan secara berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009.
No comments:
Post a Comment