My Add

Thursday 24 November 2011

AFC persoal standard keselamatan stadium Indonesia

KUALA LUMPUR, KHAMIS,  24 November, 2011:
PERSEKUTUAN Bolasepak Asia (AFC) mempersoal standard keselamatan Indonesia selepas kejadian dua mangsa mati dipijak ketika berasak menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA, kelmarin.

Pemangku Presiden AFC, Zhang Jilong mengarahkan Indonesia mengemukakan laporan berhubung tragedi yang turut menyebabkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun koma.

“Kami sangat simpati dengan berita buruk itu. Semua pertandingan bola sepak perlu dipastikan selamat oleh semua ahli persatuan,” kata Jilong di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta apabila 88,000 penonton memecah masuk ke stadium selepas tiket perlawanan Malaysia-Indonesia habis dijual yang menyaksikan Malaysia menang dengan penentuan penalti.

“Pihak berkenaan bukan sahaja menjaga keselamatan pemain sahaja, tetapi juga penonton yang ghairah di luar padang,” kata Jilong. - AFP

No comments:

Post a Comment