My Add

Tuesday 1 November 2011

Ahli politik main isu sensitif ancam keamanan

SELASA, 1 November, 2011: Sentimen perkauman dan agama yang dibangkitkan oleh 'orang politik' berbahaya kerana boleh menjadi ancaman kepada keamanan dan keharmonian negara, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makimuddin berkata, ini kerana impak daripada sikap tidak bertanggungjawab itu lebih banyak mendorong kepada berlakunya kesan negatif kepada negara.

"Kalau komunis, Jemaah Islamiah kita boleh kenal pasti dan atasinya tetapi isu politik ini amat sukar kerana ia melibatkan sentimen dan persepsi rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah di Dewan Kuliah Pusat Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Menurut Mohd. Sofian, cabaran yang dihadapi pihak polis pada masa ini amat berbeza dan begitu mencabar.

Katanya, trend sesetengah pihak yang cuba memainkan isu sensitif seperti agama dan kaum pada masa ini harus diberi perhatian serius dalam memastikan keamanan negara.

"Kalau dulu, tidak pernah kita dengar isu azan dan sebagainya, sekarang ini ditimbulkan bagaikan cendawan tumbuh.

"Malah, terdapat pihak-pihak tertentu hendak mengubah sistem pemerintahan raja berperlembagaan kepada republik, meruntuhkan institusi negara seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan sebagainya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment