My Add

Saturday 5 November 2011

Bantahan rakyat semakin memuncak dan merebak

SEKUMPULAN penduduk melancarkan demonstrasi aman sebagai membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka di hadapan Masjid Jamek Kuala Ketil, Baling, Kedah, semalam.
                Oleh SYUKRI SHAARI, MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN,
                       AZMAN MD. NOOR, dan MALINDA ABDUL MALIK

SABTU,4 November, 2011: Bantahan rakyat terhadap program mempromosikan seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011 semakin memuncak dan merebak. Pelbagai pihak di seluruh negara mula mengadakan demonstrasi membantah penganjuran acara itu.

Utusan Malaysia melaporkan demonstrasi diadakan di kebanyakan masjid hari ini, selepas selesai solat Jumaat.

Di Ibu negara, lebih 30 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhimpun secara aman di hadapan Masjid Negara. 

Mereka menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur program tersebut.

Sebelum perhimpunan kira-kira 10 minit itu berakhir, satu memorandum bantahan diserahkan oleh Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Abdul Rahman berkata, Perkasa menggesa Jawi mengambil tindakan tegas dan membawa perkara itu ke mahkamah supaya pihak penganjur dikenakan hukuman dan program berkenaan tidak diteruskan.

“Kami percaya bahawa apa yang dilaungkan oleh penganjur program ini adalah bertentangan dengan ajaran dan tuntutan Islam. Jadi, Perkasa berharap, tindakan tegas diambil terhadap penganjur program ini dan ia mesti segera dihentikan,” katanya. 

Di SHah Alam, kira-kira 100 umat Islam berhimpun secara aman di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Jumaat bagi tjuam yang sama.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang menaungi sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu. Beberapa orang umat Islam dari Afrika dan Asia Barat yang dipercayai pelajar di salah sebuah universiti di situ ikut serta.

Menurut Timbalan Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, program itu mempunyai agenda tersirat untuk menggerakkan kempen berterusan bagi mengubah nilai dan landasan akhlak masyarakat di negara ini. 

“Kempen tersebut jelas bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan dan jenayah syariah kerana ia menyeru orang ramai untuk menjalani kehidupan seks luar tabii yang merupakan suatu jenayah,” katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.

Di Baling, Keah pula, lebih 500 penduduk Kuala Ketil berpiket selama kira-kira 20 minit sambil memegang pelbagai sepanduk antaranya bertulis ‘Jangan biarkan sejarah nasib kaum Nabi Luth berulang’ dan ‘Malaysia negara bermaruah’ dan ‘Haramkan kehadiran Elton John’ di hadapan Masjid Jamek Kuala Ketil selepas solat Jumaat. 

Ahli Majlis Daerah Baling, Mohd. Aziz Shukri berkata, demonstrasi itu disertai semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik kerana program seperti itu dianggap sebagai cubaan mencabar agama Islam.

“Kita tidak boleh biarkan kesucian agama Islam dipermainkan. Yang salah tetap salah. Program ini ternyata akan memberikan kesan yang amat buruk kepada masyarakat terutama golongan remaja,” ujarnya.

Di Pulau Pinang, kira-kira 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam demonstrasi selama sejam di pekarangan Masjid Kampung Rawa selepas solat Jumaat. 

Salah sebuah NGO yang terlibat dalam demonstrasi itu, Badan Anti Liberalisme Agama (Badai) turut menggesa Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang dikatakan terbabitt dengan penganjuran program tersebut didakwa kerana telah banyak menimbulkan kekecohan.

No comments:

Post a Comment