My Add

Friday 25 November 2011

‘Biasiswa dara’ buat pelajar perempuan Sierra Leone

BO, Sierra Leone, JUMAAT, 25 Nov, 2011: 
SEBUAH bandar di Sierra Leone menawarkan biasiswa selama lima tahun untuk pelajar perempuan yang menyimpan keperawanan sehingga mereka menamatkan pengajian di universiti.

Pengerusi Perbandaran Bo, Mathew Margao berkata, sasaran tawaran biasiswa tersebut bagi mengurangkan kes kehamilan remaja dengan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pelajar sekolah kekal dara sehingga mereka menamatkan pelajaran.

“Majlis perbandaran akan mendapatkan perkhidmatan pegawai perubatan wanita yang akan membuktikan pelajar-pelajar perempuan itu benar-benar masih dara,” kata Margao. - AFP

No comments:

Post a Comment