My Add

Friday 25 November 2011

Laporan tahunan jawatankuasa khas mengenai rasuah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 November, 2011: 
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di Parlimen minggu depan sebelum sesi Dewan Rakyat selesai, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad. 

Beliau berkata laporan berkenaan mengandungi beberapa cadangan untuk penambahbaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) khususnya dalam meningkatkan kualiti dan kecekapan dalam memerangi rasuah.

"Ini adalah laporan kali kedua dan hari ini kita telah memberi penerangan secara ringkas kepada Perdana Menteri mengenai laporan itu. SPRM sebagai badan bebas harus diberi kakitangan yang mencukupi untuk memerangi rasuah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mohd Radzi berkata laporan itu mengandungi cadangan seperti keselamatan pekerja, penambahan bilangan kakitangan pegawai penyiasat, peruntukan dana kewangan dan latihan. 

Penambahbaikan itu bertujuan untuk meningkatkan imej SPRM, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment