My Add

Friday 25 November 2011

Malaysia sedia kerjasama dengan kerajaan sementara Libya

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 November, 2011: 
MALAYSIA bersedia bekerjasama secara erat dengan kerajaan sementara Libya dalam usaha negara itu merealisasikan aspirasi rakyatnya. 

Sambil mengalu-alukan pembentukan kabinet baru oleh Perdana Menteri Dr Abdul Rahim Al-Keeb, Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata Kuala Lumpur berharap kerajaan sementara itu akan memacu Libya ke arah keamanan, kestabilan dan kerajaan yang demokratik.

Malaysia juga berharap dapat menjalin hubungan dua hala yang lebih kukuh, kata kenyataan itu.

Libya kini bergerak ke arah era baru selepas revolusi rakyat yang mengakhiri pemerintahan Muammar Gaddafi selama 42 tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment