My Add

Wednesday 2 November 2011

MTUC masih perlu kemuka permohonan permit piket: Polis

RABU, 02 November, 2011: Menurut Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masih perlu mengemukakan permohonan permit kepada polis berhubung cadangan mengadakan piket esok. 

Bernama memetik Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rasid, sebagai berkata. prosedur ini masih perlu dipatuhi,  walaupun surat yang memaklumkan tujuan serta lokasi piket itu diadakan sudah dihantar kepada Ketua Polis Negara, untuk mengadakan perhimpunan.

"Dalam hal ini, Akta Polis masih berkuatkuasa...sebarang perarakan mesti mendapat kelulusan ketua polis daerah masing-masing. Mereka perlu kemukakan permohonan dan kami akan pertimbangkan sama ada ia (boleh) menjejaskan keselamatan awam atau tidak.

"Tak kisahlah mereka nak berhimpun sehingga 100,000 orang sekali pun. Kalau ia tak mudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kami akan luluskan. Kami bukanlah kejam sangat tidak benarkan sebarang perhimpunan diadakan," kata Salleh kepada pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, di Kuala Lumpur, hari ini. 

Terdahulu, beliau menyaksikan perbarisan tamat latihan kursus asas Inspektor siri 1/2011.

Pada majlis itu, seramai 118 inspektor percubaan iaitu 93 lelaki dan 25 wanita menamatkan kursus asas untuk kenaikan pangkat secara lantikan. 

Ini adalah julung kali pengambilan inspektor dibuat dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda menerusi Skim Perkhidmatan Polis yang baru.

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor, semalam berkata piket bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955 yang diluluskan Parlimen pada 6 Oktober lalu, tidak akan mengganggu ketenteraman awam serta tidak mengganggu tugas pekerja terbabit kerana ia akan diadakan selepas waktu bekerja, antara 5 dan 6.30 petang. 

Beliau berkata, piket itu dijangka membabitkan antara 300 hingga 500 orang di setiap lokasi dan pegawai kesatuan sudah diberi tanggungjawab memastikan piket berlangsung secara aman. 



No comments:

Post a Comment