My Add

Friday 25 November 2011

Penganjur AIM mohon maaf, tersalah kira undi

KUALA LUMPUR, JUMAAT. 25 November, 2011:
PENGEUSI Bersama Jawatankuasa Penganjur Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18), Rosmin Hashim memohon maaf kepada Yuna, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain kerana tersalah mengira undi sehingga lagu Penakut nyanyian Yuna diangkat sebagai pemenang anugerah Lagu Terbaik pada 12 November lalu.

Menurut Rosmin, pembetulan perlu dilakukan untuk memastikan keputusan para pemenang anugerah ini dapat dilakukan dengan tepat.

“Terdapat kesilapan pengiraan undi oleh juruaudit, Ernst & Young sehingga berlaku kesilapan bagi kategori itu yang sepatutnya dimenangi oleh lagu ciptaan Edry Abdul Halim, Sedetik Lebih yang dinyanyikan oleh Anuar Zain.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan kriteria penganjur iaitu RIM (Persatuan Industri Rakaman Malaysia), pemenang Lagu Terbaik mestilah salah satu pemenang bagi empat anugerah dalam AIM18 iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

Penakut tidak tersenarai di dalam semua kategori itu dan pemilihannya melanggar kriteria tersebut.

Jelas Rosmin, pembetulan itu bagi memastikan nama baik dan integriti AIM dapat dipelihara sejak dianjurkan 17 tahun lalu. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment