My Add

Sunday 29 January 2012

Presiden Presma jawab tuduhan seleweng RM6j

KUALA LUMPUR, AHAD, 29 Januari, 2012: Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed menafikan dakwaan kononnya terlibat dalam kegiatan penyelewengan wang persatuan hampir RM6 juta.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau mengakui persatuan itu menawarkan kelulusan bagi membawa masuk pekerja asing melalui Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) dan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) kepada ahli-ahlinya.

"Kedua-dua tawaran tersebut berjalan lancar. Ia merupakan tawaran kali pertama secara besar-besaran dalam usaha membantu ahli sejak tahun 1992.

"Sehingga kini Presma tidak pernah menerima sebarang laporan atau aduan daripada ahli-ahli, malah permohonan mereka turut mendapat kelulusan dari kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab laporan polis yang dibuat bekas Presiden Presma, Datuk Jamarulkhan M.S Kadir bersama 60 pengusaha restoran semalam.

Dalam laporan itu, Jamarulkhan dan pengusaha restoran berkenaan mendakwa Noorul Hassan terlibat dalam penyelewengan wang hampir RM6 juta Disember tahun lalu.

Noorul Hasaan berkata, dia dan ahli jawatankuasa persatuan itu sedia memberi kerjasama dan membantu siasatan polis berhubung laporan tersebut. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment