LONDON, AHAD, 29 Januari, 2012: Polis Britain semalam menahan lima orang suspek termasuk tiga staf syarikat tabloid Sun, seorang bekas staf dan seorang anggota polis atas tuduhan memberi dan menerima rasuah untuk mendapatkan maklumat.
Polis turut menggeledah pejabat syarikat itu dalam meneruskan siasatan berhubung kes penggodaman telefon yang menyebabkan syarikat tabloid minggu News of the World milik jutawan media, Rupert Murdoch ditamatkan operasinya pada Ogos tahun lalu.
Tiga staf tersebut ditahan di rumah masing-masing, manakala bekas staf Murdoch menyerah diri di balai polis dan anggota polis terbabit ditahan di tempat kerjanya. – REUTERS
No comments:
Post a Comment