My Add

Sunday, 29 January 2012

Bekas tentera, polis kekalkan semangat juang: Muhyiddin

MUAR, AHAD, 29 Januari, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan bekas anggota tentera dan polis supaya mengekalkan semangat juang demi menghadapi cabaran akan datang. 

Beliau berkata, kerajaan sentiasa mengharapkan bekas anggota tentera dan polis supaya bergandingan dengan kerajaan dalam mengekalkan kedaulatan negara.

"Ini kerana semakin terdapat banyak suara yang mempersoalkan perlembagaan negara, hak keistimewaan orang Melayu dan institusi diraja," katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan bekas tentera dan polis serta keluarga daerah Muar, di sini, hari ini.

"Pilihan raya mungkin tidak lama lagi dan kita tidak mahu negara kita dibentuk oleh kelompok gila kuasa yang mempertikai banyak perkara di dalam perlembagaan. 

Itu adalah hak kita, jadi peranan bekas anggota tentera dan polis amat penting supaya kuasa politik dapat dipertahankan," katanya. 

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment