IPOH, AHAD, 29 Januari, 2012: Bekerja kuat berlandaskan strategi betul dan semangat bersatu padu adalah dua perkara penting digariskan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk Barisan Nasional (BN) mendapat mandat penuh daripada rakyat untuk terus menerajui pentadbiran negara.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, kedua-dua perkara itu perlu menjadi pegangan semua anggota komponen BN.
"Ini bukan sahaja terpakai kepada MCA, ia juga terpakai kepada UMNO, Gerakan, MIC dan kepada seluruh negara...seperti pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".
"Apa yang kita perlukan ialah MCA yang bersatu padu, MIC yang bersatu padu, Gerakan yang bersatu padu, Umno yang bersatu padu dan BN yang bersatu padu," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Katanya, BN boleh menghadapi sebarang cabaran pada pilihan raya umum akan datang jika semua anggota terus bekerjasama dan bersatu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment