My Add

Monday 23 April 2012

21 motosikal lagi musnah terbakar akibat khianat

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Tidak sampai 24 jam kejadian lapan buah motosikal dibakar di Wangsa Maju dan Bandar Baru Sentul, kejadian sama turut berulang awal pagi ini membabitkan 21 buah motosikal di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng di sini.

Difahamkan, kebakaran yang berpunca daripada perbuatan khianat itu berlaku di tempat letak kenderaan flat tersebut kira-kira pukul 1.20 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak bomba dan penyelamat.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment