My Add

Thursday 19 April 2012

2,419 kes seksual, rogol tahun lalu

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR, MARZITA ABDULLAH dan KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Sebanyak 2,419 kes jenayah seksual atau rogol terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun ke bawah direkodkan dalam statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perangkaan tersebut menunjukkan peningkatan daripada 1,777 kes yang direkodkan pada tahun 2010.

Kata beliau, statistik 2009 untuk jenayah tersebut adalah sebanyak 2,049 kes, 2008 (1,871 kes), 2007 (1,653 kes), 2006 (1,301 kes) dan 2005 (924 kes).

"Jika seseorang remaja perempuan berumur di bawah 16 tahun, sebarang aktiviti seksual dengan atau tanpa kebenaran wanita tersebut adalah diklasifikasikan sebagai perkosaan atau rogol menurut undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam)yang bertanyakan jumlah kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak serta sebab-sebab utama ia berlaku pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment