My Add

Thursday 19 April 2012

Kerjasama KL-Astana diperluas

PUTRAJAYA, RABU, 18 April, 2012: Peluang kerjasama antara Kuala Lumpur dan Astana diperluaskan dengan termeterainya tiga memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara sempena lawatan dua hari Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev ke Malaysia.

Tiga MoU itu adalah dalam bidang pengajian tinggi, pembangunan sumber mineral dan pelancongan.

Mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan, Nazarbayev berkata, negaranya mahu meneruskan rancangan pertukaran kepakaran dengan Malaysia.

"Ketika ini terdapat 2,000 pelajar Kazakhstan sedang belajar di Malaysia dan kita juga bersedia menerima pelajar dari Malaysia," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Nazarbayev yakin lawatan beliau ke Malaysia akan mengeratkan hubungan masyarakat kedua-dua negara khususnya kumpulan peniaga. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment