My Add

Sunday 1 April 2012

400 rumah 4 kawasan setinggan sambung elektrik haram

TAWAU, AHAD, 01 April, 2012: Kira-kira 400 rumah di empat kawasan setinggan di sini didapati melakukan penyambungan haram untuk mendapatkan bekalan elektrik, kata Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Abdul Razak Salim.

Katanya, kegiatan berkenaan dikesan dalam operasi SESB baru-baru ini bagi membanteras aktiviti penyambungan haram yang turut disertai anggota beberapa agensi penguatkuasa di kawasan setinggan Batu 4, Sri Aman Industri, Taman Rich dan sekitar SK Titingan.

Katanya, dalam operasi berkenaan, SESB turut merampas kira-kira 215 kilogram wayar pelbagai jenis yang digunakan untuk melakukan penyambungan haram itu.

"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi membendung aktiviti ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah membuat penyambungan haram atau mengganggu meter SESB boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment