My Add

Monday 23 April 2012

50 peratus warga KL kembali kepada BN

JOHOR BAHRU, AHAD, 22 April, 2012: Kerjasama pelbagai persatuan untuk memberi penerangan kepada warga kota dijangka dapat menarik sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk Kuala Lumpur kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu juga adalah satu cabaran kepada persatuan penduduk dalam memastikan rakyat mendapat maklumat sebenar dan tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang.

"Langkah persatuan penduduk memberi penjelasan kepada umum tentang maklumat dan fakta sebenar berhubung sesuatu tindakan kerajaan adalah satu pendekatan yang realistik.

"Dalam pilihan raya umum 1999 masih ramai menyokong BN, begitu juga pilihan raya umum 2004. Kita akan buktikan sekurang-kurangnya 50 peratus pengundi di Lembah Klang akan kembali kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment