My Add

Monday 23 April 2012

Pelantikan Chang Yeow untungkan BN

KLANG, AHAD, 22 April, 2012: Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) mengalu-alukan pelantikan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, berkata ia adalah langkah tepat untuk menawan semula negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk R.S. Thanenthiran berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan kepada Teng daripada kepimpinan BN.

"Saya percaya pengalaman Teng dalam politik dan pentadbiran kerajaan memberi keuntungan kepada gabungan itu untuk meraih kemenangan di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Bernama selepas menutup seminar motivasi anjuran parti itu di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment