My Add

Thursday 19 April 2012

549 bekas pekerja tuntut pampasan RM49 juta

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Seramai 549 bekas pekerja Paycomm Network Sdn Bhd yang mendakwa dibuang kerja secara tidak sah dan munasabah pada November 2010, hari ini menuntut pampasan gaji sebanyak RM49 juta membabitkan tunggakan selama enam bulan sejak Jun 2010. 

Bekas pekerja, Norma Taharim, 50, yang mewakili kumpulan itu berkata, wakil pekerja sudah menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, pada 22 Mac lalu.

Katanya, hasil perbincangan pada 2 April lalu, kementerian itu memberi jaminan jika pembuangan pekerja ada kaitan dengan syarikat GLC, menteri akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menyelesaikan isu bayaran pampasan tersebut dalam tempoh sebulan.

"Namun sudah hampir sebulan tiada sebarang notis atau maklum balas daripada pihak kementerian berhubung isu ini. 

"Kami juga sudah membuat kajian mengenai status Paycomm dan ternyata syarikat ini adalah anak syarikat Time DotCom Bhd sepenuhnya yang mana terdapat bukti jelas syarikat berkenaan mempunyai kaitan dengan Khazanah Nasional Bhd," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini. 

Beliau bersama 51 bekas pekerja Paycomm hari ini berkumpul di hadapan lobi Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam, mengenai tuntutan berkenaan. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment