My Add

Sunday 1 April 2012

8,000 sertai perhimpunan MyGMJ

SHAH ALAM, SABTU, 31 Mac, 2012: Hampir 8,000 peserta perhimpunan Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) bangkit menyatakan penentangan mereka terhadap penjajahan, penindasan serta kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat dan negara Palestin.

Pada perhimpunan besar-besaran yang diadakan di Stadium Malawati di sini malam semalam, kesemua peserta perhimpunan turut menuntut rejim Zionis membebaskan negara Palestin selain menghentikan aktiviti merampas hak milik rakyat negara itu.

Selain perhimpunan yang bermula pukul 8 malam itu, kesemua hadirin yang terdiri daripada aktivis yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa serta individu pelbagai kaum turut menyatakan pendirian menentang tindakan rejim Zionis membina pembinaan tembok pemisah yang akan menukar tanah milik rakyat Palestin kepada Yahudi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment