My Add

Sunday, 1 April 2012

Sukarelawan remaja hampir bilangan PDRM

KUALA LUMPUR, SABTU, 31 Mac, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memiliki barisan pelapis atau sukarelawan remaja di peringkat sekolah menengah yang membanggakan apabila seramai 110,740 pelajar telah menyertai Kor Kadet Polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, jumlah itu hampir menyamai bilangan keseluruhan anggota dan pegawai dalam PDRM yang berjumlah lebih 117,000.

Menurutnya, penglibatan remaja yang ramai dalam Kor Kadet Polis jelas menunjukkan pasukan tersebut popular di kalangan pelajar sekolah menengah.

"Dengan jumlah yang besar itu juga, PDRM berharap anggota Kor Kadet Polis mampu menjadi mata dan telinga kepada polis dalam usaha mencegah jenayah," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh sempena sambutan Ulang Tahun Ke-42 Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment