My Add

Thursday 19 April 2012

Akta Mesin Cetak: DAP gesa batal Seksyen 8A

NOOR AZURA SAHRIL

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012:DAP mendesak kerajaan memansuhkan Seksyen 8A dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menggelakkan ia digunakan sebagai senjata politik terhadap pembangkang.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pengguguran seksyen tersebut juga untuk membuktikan kerajaan serius mewujudkan kebebasan media dan penyebaran maklumat di negara ini.

Menurutnya, ia hanyalah agenda politik kerajaan dan mendakwa Seksyen 8A itu bersikap “double standard” dan tidak berlaku adil kepada mereka selaku pembangkang.

“Jika kerajaan serius untuk memberi kebebasan media dan memperluaskan hak asasi manusia, saya fikir mereka patut buang seksyen 8A.

“Seksyen 8A masih digunakan untuk hukum ahli politik pembangkang. Ia perlu digugurkan kerana ia digunakan sebagai senjata politik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Seksyen 8A menyatakan mengenai kesalahan terhadap penyiaran berita tidak benar serta berniat jahat yang jika disabit kesalahan boleh di penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan membentangkan rang undang-undang bagi meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Rang undang-undang berkenaan memfokuskan mengenai pengguguran kuasa mutlak menteri mengenai kelulusan permohonan lesen percetakan serta tempoh sah permit yang tidak perlu diperbaharui.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan untuk terus mengenakan syarat bagi setiap penerbitan untuk mendapatkan lesen atau permit.

“Kami setuju setiap percetakan perlu minta permit atau lesen namun kerajaan perlu sediakan garis panduan atau prosedur yang perlu diikuti bagi setiap permohonan yang inginkan permit,” katanya. - SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment