Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU, SABTU, 31 Mac, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus memperalatkan ahli dan penyokong Pas di Kelantan bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Tindakan itu dapat dilihat apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut mahu rakyat Kelantan memastikan pembangkang menyapu bersih kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang bagi menjamin kemenangan, sekali gus impiannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.
Dalam ceramah perdana dan solat hajat bertema Putrajaya bermula di sini di Padang Perdana dekat sini malam tadi, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sekali lagi menabur pelbagai janji manis termasuk menghapuskan tol, menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan pendidikan percuma untuk golongan miskin jika pembangkang memerintah. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment