Oleh SAHBULAH DARWI
ALOR SETAR, SABTY, 31 Mac, 2012: DAP Kedah membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu kerana enggan berbincang soal pengagihan kerusi bagi calon-calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.
Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, pihaknya kesal apabila PKR bertindak terus menyerahkan kepada kepimpinan di peringkat pusat untuk membuat keputusan sedangkan DAP Kedah sepatutnya perlu dibawa berbincang terlebih dahulu.
"Mereka (PKR) yang tidak mahu duduk berbincang bukan kita (DAP), kita boleh berbincang tetapi sekarang perkara ini telah dibawa ke peringkat pusat maka bukan pakatan rakyat negeri yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Guan Aik mengulas mengenai isu perebutan kerusi antara DAP dan PKR yang semakin panas apabila DAP dan PKR terus buntu untuk mencari kata sepakat walaupun ia sepatutnya diselesaikan dua bulan lalu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment