My Add

Monday 9 April 2012

AUCMS bakal tawar diploma dan ijazah muzik

KEPALA BATAS, ISNIN, 09 April, 2012: Institusi pendidikan perubatan, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) akan menawarkan pengajian dalam bidang muzik peringkat diploma dan ijazah menjelang hujung tahun ini. 

Dekan Fakulti Hospitaliti Perubatan, Pelancongan, Seni dan Persembahan AUCMS, Datuk Wah Idris, berkata kertas kerja program itu kini pada peringkat akhir dan akan diserahkan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak lama lagi.

"Segala kelengkapan dan tenaga pengajar memang sudah tersedia di AUCMS dan kita hanya menunggu kelulusan oleh pihak berkenaan," katanya kepada pemberita di AUCMS, di sini, malam tadi.

Beliau ditemui selepas pementasan dramatari bertajuk 'Satukan Aku Dalam Ilusimu' oleh pelajar-pelajar AUCMS. 

Wah berkata, AUCMS mensasarkan pengambilan lebih 80 pelajar bagi kemasukan pertama program terbabit. 

Katanya, ini berdasarkan sambutan mengalakkan yang diterima sepanjang menawarkan kursus jangka pendek program muzik sejak September lepas. 

"Sejak fakulti ini ditubuhkan September lepas, kita hanya menawarkan kursus jangka pendek bagi pelajar-pelajar AUCMS dan komuniti luar mempelajari program muzik, seni dan persembahan.

"Setakat ini, seramai 200 pelajar telah mengikutinya dan mereka diberikan kursus selama tiga bulan, setiap pelajar yang berjaya menamatkannya mendapat sijil khas bagi program itu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment