My Add

Monday 9 April 2012

Orang Asli Bera hargai peruntukan bina jambatan

BERA, ISNIN, 09 April, 2012: Masyarakat Orang Asli di daerah ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumkan peruntukan RM6.2 juta bagi membina dua jambatan di kawasan mereka.

Tok Batin Orang Asli Kampung Bukit Gemuruh, Johari Salam, berkata pembinaan jambatan di Sungai Tuang dan Lubuk Tembangan itu akan memudahkan kira-kira 4,000 Orang Asli mengangkut hasil untuk dijual di pekan.

"Dengan adanya dua jambatan ini kelak, lebih banyak hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, buah-buahan dan sebagainya dapat dijual di pasar, sekali gus meningkatkan taraf kehidupan mereka," katanya.
Peruntukan itu diumum Najib pada 31 Mac lalu ketika majlis pemimpin bersama peneroka di FELDA Triang 3.

Mengulas lanjut, Johari berkata peruntukan besar yang diumum Perdana Menteri itu juga menghakis pembohongan pembangkang bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) meminggirkan masyarakat Orang Asli.

“Masyarakat Orang Asli di Bera sama sekali tidak akan termakan hasutan itu dan tetap memberi sokongan padu kepada BN pada pilihan raya umum kelak,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment