My Add

Monday 9 April 2012

Baba, Nyonya minta status bumiputera

MELAKA, AHAD, 08 April, 2012: Kira-kira 4,000 masyarakat Baba dan Nyonya di negeri ini mahu diberikan status bumiputera, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat memandangkan golongan itu juga wajar mendapat hak istimewa seperti golongan bumiputera lain.

Jelasnya, kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya telah lama berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan ia merupakan khazanah negara yang perlu dipertahan serta dikekalkan.

"Baba dan Nyonya merupakan masyarakat istimewa yang tidak terdapat di mana-mana negara lain di dunia kecuali Malaysia dan Melaka pula adalah negeri paling ramai mempunyai penduduk Baba dan Nyonya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment