My Add

Monday 9 April 2012

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 April, 2012: Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.

Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment