My Add

Monday 23 April 2012

Bantah pusat belian padi MADA

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR, AHAD, 22 April, 2012: Persatuan Pengilang-Pengilang Beras Cina-Melayu Kedah dan Persatuan Pengilang-Pengilang Beras Kedah/Perlis membantah kewujudan pusat belian padi yang ditubuhkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Pengilang- Pengilang Beras Cina-Melayu Kedah, Datuk Chiew Giok Kun berkata, kewujudan pusat belian padi itu menyebabkan pendapatan kira-kira 70 pemilik kilang padi di Kedah dan Perlis terjejas.

"Kami minta kerajaan membatalkan segera kerana kewujudan pusat belian padi ini seolah-olah mahu memonopoli perniagaan jual beli padi negeri ini.

"Pusat belian padi ini diuruskan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta orang perseorangan dan kami rasa persaingan daripada mereka telah menjejaskan pendapatan kami," katanya kepada pemberita di Pejabat Persatuan Pengilang Beras Cina Melayu di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment