My Add

Monday 23 April 2012

Wujud subdasar agihan iklan

Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 April, 2012: Satu subdasar pengagihan pengiklanan dari segi agihan pendapatan oleh syarikat milik kerajaan (GLC) perlu diwujudkan bagi menjana pendapatan industri iklan sektor media cetak di negara ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Mohd. Yusof berkata, dasar itu perlu dipantau oleh badan ataupun suruhanjaya kementerian berkenaan yang bertanggungjawab dalam GLC masing-masing seperti Maybank dan CIMB Bank.

"Kerajaan perlu segera memperkenalkan Dasar Pengiklanan Negara (DPN) yang turut mempunyai subdasar pengagihan pengiklanan surat khabar terutamanya surat khabar berbahasa Melayu.

"Kita melihat pengagihan iklan oleh GLC ini seperti tidak seimbang antara industri media cetak terutamanya surat khabar berbahasa Melayu, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment