My Add

Wednesday 18 April 2012

Barisan Nasional tidak lupa masyarakat luar bandar - Shafie

SHAFIE Apdal (duduk, tengah) menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika melawat Tadika Kemas pada Majlis Mesra Rakyat di Taman Santan, Padang Besar, semalam. - BERNAMA

PADANG BESAR, SELASA, 17 April, 2012: Masyarakat luar bandar tidak pernah terpinggir dalam arus pembangunan kerana kerajaan Barisan nasional (BN) sentiasa memberi perhatian kepada mereka, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, masyarakat luar bandar seperti juga mereka di bandar akan terus berpeluang menikmati pelbagai kemudahan selagi BN menerajui kerajaan.

BN telah pun terbukti berupaya membela rakyat melalui pelbagai program dan kegiatan yang dirancang rapi, katanya yang juga Naib Presiden UMNO semasa berucap pada program Mesra Rakyat Parlimen Padang Besar anjuran Kemas Perlis di Taman Santan II dekat sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment